Ramai yang kata cantik semulajadi itu penting. Masyarakat sekarang pula lebih prihatin dengan keperluan kecantikan diri. Bukan sahaja luaran, dalaman juga dititik beratkan. Justeru itu, pengeluaran produk kecantikan tempatan, Laara Beauty Solution (LBS)telah menghasilkan produk terbaru, Laara Bath Salt dan Laara Slimming
LBS yang turut memiliki butik pengantin dimiliki sepenuhnya oleh Feirouz Azalia, Nora farrah dan Abdul Razak
Tiga sahabat ini berpendapat, penjagaan kecantikan telah menjadi trend masyarakat pada hari ini.
Sebab itulah, mereka yakin dengan kemampuan LBS yang bukan sahaja tertumpu kepada penjagaan kecantikan luaran tetapi juga dalaman.
Menggabungkan nama mereka bertiga, Laara ingin menembusi pasaran kecantikan hingga ke Sabah dan Sarawak.
Menurut Feirouz, Laara Bath Salt (iaitu garam mandian) dihasilkan daripada ekstrak roselle yang baik untuk kulit.
"Ia membersihkan kulit, menanggalkan sel kulit mati, menghaluskan kulit, menyegarkan kulit, menyegarkan kulit dan membantu mencerahkan kulit.
"Produk buatan tempatan ini dihasilkan dengan fungsi tiga dalam satu iaitu membersih, menyingkirkan sel kulit mati dan melembapkan. Ia sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau yang mahu memanjakan diri sendiri ala spa di rumah," jelasnya.
Sementara itu, Laara Slimming Collagen dihasilkan dari ekstrak roselle dan kolagen ialah produk yang sesuai untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan.
Ia mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu selain mengatasi masalah berat badan, ia juga bertindak mengurangkan lemak berlebihan dan memejalkan semula bahagian badan akibat kehilangan lemak.
Kedua-dua produk ini telah pun berada di pasaran dan dijual dengan harga masing-masing iaitu RM 17.90 sebotol dan RM 37.90 untuk sekotak.
LBS juga dalam proses menghasilkan produk penjagaan kulit wajah yang akan dikenali sebagai Laara Skin Care dan Laara Beverage dan dijadualkan berada di pasaran penghujung tahun ini.
No comments:
Post a Comment